
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Perak kini memperoleh majoriti kerusi Perak selepas 2 Adun Barisan Nasional (BN) negeri itu bertukar parti, lapor Star Online.
Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpuas hati dengan 31 kerusi DUN yang ditunjukkan kepadanya.
Faizal bagaimanapun enggan mendedahkan 2 nama Adun BN yang bertukar parti itu, namun sumber Star Online mengatakan mereka ialah bekas exco Datuk Nolee Ashilin, Mohammed Radzi dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Pada PRU14 Rabu lepas, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara Barisan Nasional (27) dan PAS (3).