

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan individu yang berada dalam kenderaan berkenaan memandangkan cermin kenderaan ditutup dengan cermin gelap.
Dalam kejadian 8.20 malam tadi, 2 buah motosikal dan sebuah kereta polis dilihat mengiringi sebuah minivan Toyota Vellfire berwarna perak.

Sebelum ini, sebuah lori dilihat memasuki kediaman itu pada 6.05 petang dan meninggalkan kediaman berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

Wartawan menyaksikan ada barang diangkut ke lori itu, namun tidak dapat dipastikan apa yang dibawa keluar.
Kediaman Najib dan kawasan sekitar dikawal ketat kira-kira oleh pihak berkuasa dan setiap kenderaan keluar masuk perlu melalui pemeriksaan mereka.