Jumlah sebenar Kabinet akan diumum nanti, kata Dr M

Jumlah sebenar Kabinet akan diumum nanti, kata Dr M

Perdana menteri berkata pelantikan menteri dari Sabah dan Sarawak akan diambil kira untuk pentadbirannya.

PUTRAJAYA:
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat bersabar menunggu keputusan muktamad jumlah jemaah menteri yang akan dibentuk.

“Kita akan ambil kira semua pandangan, tunggu la sekejap, kami akan beritahu 26, 27, 28, ataupun 500 orang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra hari ini.

Beliau berkata demikian selepas media melaporkan pentadbiran Dr Mahathir akan mempunyaki 28 orang menteri.

Dr Mahathir berkata pelantikan menteri dari Sabah dan Sarawak akan diambil kira untuk pentadbirannya. Sehingga kini hanya 13 kementerian sudah diisi.

Beliau berharap jemaah menteri dimuktamadkan minggu ini tetapi mungkin berlarutan hingga ke minggu depan.

Pakatan Harapan diumumkan mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan pada 9 Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.