Ku Li: Kita kalah, tapi Umno akan kembali lebih kuat

Ku Li: Kita kalah, tapi Umno akan kembali lebih kuat

Umno menerima keputusan rakyat dan akan menyokong kerajaan baru selagi mana ia mematuhi Perlembagaan, kata veteran itu.

Free Malaysia Today
Kami memohon maaf dengan tulus ikhlas, kata Tengku Razaleigh.
KUALA LUMPUR:
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata Umno akan bangkit dari kekalahan pilihab raya, dan akan dilahirkan semula menjadi pertubuhan yang lebih kuat.

Mengiktiraf kekalahan parti itu pada pilihan raya umum Mei lepas, Tengku Razaleigh berkata partinya memohon maaf kepada rakyat atas kegagalan dan kesilapannya yang lalu.

“Kami memohon maaf dengan tulus ikhlas. Kalau mereka rasa kami ada melakukan kesalahan terhadap mereka, parti ini memohon maaf,” katanya di kediaman hari ini.

Bagaimanapun, Umno akan melakukan perubahan dan akan kembali sebagai pertubuhan yang lebih kuat.

“Walau apapun yang berlaku, kami menerima kekalahan ini. Ini bermakna rakyat sudah membuat keputusan dan mereka sudah melantik kerajaan baru dan Umno akan beri kerjasama,” katanya.

Bagaimanapun, sokongan Umno bersyarat iaitu selagi kerajaan baru mengikut Perlembagaan. “Itu pendirian kami,” katanya.

Ditanya sama ada Umno akan menyiasat korupsi dalam parti, dia berkata: “Kita serahkan pada Tommy Thomas (peguam negara baru).”

Ditanya sama ada permohonan maafnya itu termasuk “kesilapan” 1MDB yang dilanda skandal serta Datuk Seri Najib Razak, yang meletakkan jawatan presiden selepas hilang kuasa perdana menteri, Tengku Razaleigh berkata: “Saya mohon maaf atas semua kesilapan kami.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.