Buahan ini mampu beri magis pada kulit anda

Buahan ini mampu beri magis pada kulit anda

Anda hanya perlu rajin memakan buah-buahan tertentu yang mempunyai kandungan zat dan nutrisi yang tepat untuk mengekalkan keanjalan dan kesegaran kulit.

Wanita manakah yang tidak berseri ketika dipuji cantik?

Rupa-rupanya, kecantikan itu tidak akan pudar ditelan zaman jika anda benar-benar pandai menjaganya.

Maka, bagaimana caranya?

Anda hanya perlu rajin memakan buah-buahan tertentu yang mempunyai kandungan zat dan nutrisi yang tepat untuk mengekalkan keanjalan dan kesegaran kulit. Mudah bukan?

“Makanan yang anda pilih dan makan memberi kesan positif dan negatif kepada penampilan kulit dengan ketara,” kata pakar dermatologi, Joshua Zeichner, MD.

Tambah Zeichher, gabungan buah-buahan yang dimakan setiap hari mampu menjaga awet muda dan keserian wajah, selain kekal segar.

Baik, berikut adalah beberapa buah yang sangat berkesan dalam meningkatkan kualiti kulit agar sentiasa cantik:

Tembikai

“Sebatian antioksida memberikan tembikai dan tomato warna merah semulajadi. Sebatian itu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar ultraviolet,” kata pengasas NutritiousLife.com, Keri Glassman, RD.

Beliau percaya tembikai mengandungi 40% fitokimia yang lebih banyak dari tomato mentah. Jumlah itu sama dengan SPF 3 dalam losyen pelindung matahari. Oleh itu, jangan tinggalkan memakan buah tembikai untuk memperbaiki wajah anda itu.

Avakado

Menurut Pembantu Klinikal Dermatologi di Icahn School of Medicine di Mount Sinai Hospital, Prof Whitney Bowe, avokado mengandungi asid oleik yang tinggi selain asid lemak omega-9 yang mampu menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan berseri. Ia juga mengandungi zat biotin atau Vitamin B7 yang menggalak pembaharuan sel kulit.

Tembikai susu

Buah tembikai susu ini termasuk dalam kumpulan buah tembikai mengandungi beta karoten atau vitamin A sangat tinggi. Kekerapan memakan buah ini mampu mengecilkan pori-pori kulit dan meredakan tompok akibat sinar UV.

Beri biru

Tahukah anda buah beri biru mampu memberi cahaya pada kulit wajah anda? Ini kerana buah tersebut mengandungi Vitamin C dan E, 2 antioksidan yang berkesan dalam mencerahkan warna kulit dan mengatasi radikal bebas.

Dr Zeichner menambah, rahsia wanita Caucasian yang kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenar adalah kerana menjadikan beri biru sebagai makanan utama mereka.

Pisang

Buah yang mengandungi tahap kalium tinggi, membantu melembapkan dan menghidrat kulit, menjadikannya kelihatan lebih kenyal, lembut dan muda. Pisang mengandungi pelbagai nutrien sihat kulit seperti Vitamin A, B, dan E.

Nutrisi dalam pisang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembap, mencegah penuaan dan kedutan pramatang, melembutkan serta meremajakan dan menghilangkan bintik-bintik gelap dan sebarang cacat cela pada kulit.

Kiwi

Kiwi adalah satu lagi buah yang kaya dengan Vitamin C. Bagi setiap 100g kiwi, ia mempunyai kira-kira 98mg Vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik yang membantu kesihatan secara menyeluruh. Ia meningkatkan sistem imun di samping menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan segar

Betik

Ekstrak buah betik banyak digunakan dalam industri penjagaan kulit dalam bentuk masker muka, sabun, pembersih, dan losyen. Tetapi kenapa perlukan buah betik yang diproses sedangkan anda boleh dapat semua kebaikan hanya dengan memakan buah itu.

Betik mengandungi sejumlah besar Vitamin A atau beta carotene dan enzim penting iaitu Papain. Papain bukan sahaja membantu pencernaan, tetapi juga merupakan antioksidan yang kuat. Ia mengimbangi kerosakan radikal bebas pada kulit dan juga membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.

Delima

Delima merupakan buah dengan status istimewa dalam komuniti kesihatan. Dikenali sebagai superfood kerana ia tergolong dalam makanan yang serupa dengan teh hijau dan beri biru. Delima kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kulit, membran putih, bahagian berisi (arils) dan benihnya yang boleh dimakan.

Delima kaya dengan antioksidan yang membalikkan kerosakan radikal bebas serta mempromosikan kulit yang lembut dan muda. Buah ini meruapakan raja buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, kerana mengandungi banyak antioksidan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.