Zahid setuju sertai debat Ku Li, Khairy

Zahid setuju sertai debat Ku Li, Khairy

Calon presiden Umno mahu debat itu menjadi platform untuk mengukuhkan parti.

PETALING JAYA:
Calon presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk berdebat dengan 2 pesaingnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin yang akan disiarkan secara langsung.

Zahid dalam satu temubual khas bersama Astro Awani berkata dia mahu menyertai debat itu selagi ia menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan dan mengukuhkan parti.

“Jika bukan atas memecahkan belahkan hingga menyebabkan ada 3 kem, maka saya bersetuju untuk berdebat…tetapi syaratnya saya di Bagan Datuk kerana malam itu saya perlu berada bersama bahagian saya,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata dia akan bersama para penyokongnya di malam pemilihan Umno yang akan diadakan 30 Jun ini.

Debat antara calon presiden parti mula diutarakan oleh veteran parti, Tengku Razaleigh yang mencabar Zahid dan Khairy.

Khairy yang terawal menyahut cabaran itu, dan mereka antara 5 orang yang bersaing untuk jawatan nombor 1 parti.

“Kalau saya berani membuat penjelasan yang lain-lain pun patut ikut serta dan sanggup membuat penjelasan yang sama,” kata Tengku Razaleigh dalam satu temubual.

Debat: Khairy sahut cabaran Tengku Razaleigh

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.