Hari ke-4 anak tiri Najib ke SPRM

Hari ke-4 anak tiri Najib ke SPRM

Riza Aziz memberi keterangan buat kali ke-4 berhubung siasatan 1MDB.

Free Malaysia Today
Riza Aziz.(Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Riza Aziz, anak tiri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, bagi memberi keterangan buat kali ke-4 berhubung siasatan 1MDB.

Riza, 48, yang menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam tiba kira-kira 9.50 pagi.

Ini merupakan hari ke-4 berturut-turut Riza yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perfileman di Los Angeles, Amerika Syarikat diambil keterangan berhubung kes tersebut, bermula Selasa lalu.

Sebelum ini, terdapat laporan anak tiri Najib itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB, apabila ratusan juta wang syarikat berkenaan dipercayai digunakan untuk menghasilkan filem di Hollywood.

Selasa lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu hanya mengambil keterangan Riza dan tiada keperluan untuk SPRM menahannya setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.