Annuar minta maaf tapi pertahan PRK mungkin berlaku di Langkawi

Annuar minta maaf tapi pertahan PRK mungkin berlaku di Langkawi

Annuar Musa memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dan menyatakan PRK boleh berlaku di mana-mana saja.

Free Malaysia Today
Annuar Musa sebelum ini berkata akan ada lebih banyak PRK namun tidak menyebut secara spesisifik lokasinya.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta maaf jika apa pihak yang tersinggung dengan kenyataannya yang membayangkan pilihan raya kecil (PRK) akan berlaku di Langkawi.

Annuar yang juga setiausaha agung Umno bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa mungkin akan berlaku PRK di tempat lain termasuk Langkawi.

“Saya kata PRK ini berlaku kerana takdir Ilahi, ia boleh berlaku di mana-mana saja. Saya sebut Langkawi, saya sebut Ketereh dan Bera.

“Tetapi jika ada yang tersinggung saya minta maaf,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, ketika berkempen di DUN Sungai Kandis, Annuar berkata akan ada lebih banyak PRK namun tidak menyebut secara spesisifik lokasinya.

“PRK Sungai Kandis belum siap lagi hendak berkempen, sudah ada satu lagi di Balakong. Saya percaya selepas ini Tuhan akan tentukan banyak lagi pilihan raya kecil, tidak tahu di mana, Langkawi atau di mana,” katanya.

Kenyataan beliau kemudiannya dikritik pemimpin PPBM termasuk Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Majlis Tertinggi Tariq Ismail dan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Mukhriz berkata tindakan pemimpin Umno itu menyebut kerusi yang disandang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, tidak beradab.

Umno ramal PRK Sungai Kandis, Balakong bukan yang terakhir

Adakah pemimpin Umno Tuhan boleh ramal kematian, soal Khairuddin

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.