Maszlee: Lantikan Nurul Izzah dalam TVET untuk pecah stigma jantina

Maszlee: Lantikan Nurul Izzah dalam TVET untuk pecah stigma jantina

Menteri pendidikan itu berkata tujuan lantikan itu untuk mengelakkan bidang itu dikaitkan dengan kaum lelaki dalam bidang yang 'kotor, bahaya dan susah'.

 

Free Malaysia Today
Maszlee Malik berkata Nurul Izzah Anwar merupakan orang muda yang dinamik dan berkeupayaan untuk mengetuai kumpulan pakar. (Gambar Youtube)
KUALA LUMPUR:
Pelantikan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertujuan untuk memecahkan stigma jantina yang dikuasai kaum lelaki, kata menteri pendidikan

Maszlee Malik berkata tujuan utama lantikan itu bagi mengelakkan bidang TVET sering dikaitkan dengan kaum lelaki yang menceburi bidang 3D (Kotor, Bahaya dan Susah).

“Pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi jawatankuasa TVET ini adalah inisiatif kementerian untuk memecahkan stigma bahawa TVET hanya dipelopori oleh kaum lelaki sahaja, lantas berupaya meningkatkan minat wanita untuk menceburi bidang TVET,” katanya menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Seri Ismail Muttalib (BN-Maran).

Ismail meminta kerajaan menyatakan keperluan pelantikan Nurul Izzah dan apakan peranan serta sumbangan yang dapat diberikan ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Menurut Maszlee, Nurul Izzah merupakan orang muda yang dinamik dan berkeupayaan untuk mengetuai kumpulan pakar.

“Sebagai orang muda beliau mempunyai misi yang dinamik yang diperlukan kementerian dalam memacu hala tuju TVET negara di mana sasaran adalah orang muda,” jawabnya.

Pada 21 Jun lalu, Maszlee mengumumkan penubuhan Jawatankuasa TVET dipengerusikan oleh Nurul Izzah yang berperanan menyediakan laporan untuk memperkasa dan menaikkan taraf TVET.

NUTP tidak yakin Nurul Izzah mampu ketuai Jawatankuasa TVET, mahu TPM

Nurul Izzah ketuai Jawatan Pemerkasaan Latihan Vokasional

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.