Rasuah: KBS kementerian kelapan paling buruk

Steven berkata pada tahun 2017, jumlah perolehan tanpa melalui tender terbuka mencapai angka RM264.2juta, iaitu melebihi jumlah perolehan melalui tender terbuka sebanyak RM173.7juta. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berada dalam sepuluh kementerian teratas paling teruk dalam tahap pelakuan rasuah disebabkan kelonggaran proses perolehan dan pembayarannya.

Timbalan Menteri KBS, Steven Sim berkata selepas sebulan meninjau kementerian itu, pihaknya mengenal pasti kerajaan terdahulu menganugerahkan sebahagian besar kontrak kementerian tanpa melalui proses tender terbuka.

“Dalam tempoh 3 tahun antara 2016 sehingga 2018, daripada jumlah perolehan sebanyak RM777.14juta, RM357.80juta (46%) telah dilaksanakan tanpa melalui tender terbuka, sebaliknya melalui kaedah rundingan terus dan tender terhad.

“Kami juga dapati meskipun selepas pendedahan skandal RM100juta oleh seorang pegawai khas kementerian, KBS tetap melaksanakan aktiviti perolehan tanpa melalui tender terbuka,” katanya kepads pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Steven berkata pada tahun 2017, jumlah perolehan tanpa melalui tender terbuka mencapai angka RM264.2juta, iaitu melebihi jumlah perolehan melalui tender terbuka sebanyak RM173.7juta.

“Tahun lalu, KBS bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mula melaksanakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), namum pelaksanaan rancangan tersebut telah diarahkan untuk diberhentikan pada Mei tahun yang sama.

“Di bawah kepimpinan kerajaan baru, kami komited membendung gejala rasuah di peringkat awal dan mengarahkan CRM dilaksanakan semula,” katanya.

Pada tahun 2016, seorang pegawai KBS ditahan oleh SPRM kerana aktiviti penyelewengan wang kementerian sebanyak RM100juta.

Menurut Public Service Corruption Ranking (PSCR) yang dikeluarkan oleh SPRM pada 2016, KBS berada di kedudukan kelapan daripada 25 kementerian bagi tahap pelakuan rasuah paling buruk.

Steven berkata KBS merupakan antara kementerian yang menerima peruntukan paling rendah dalam belanjawan kerajaan pusat. Justeru segala kepincangan dan kebocoran yang berlaku menyebabkan sumberya amat terhad dan tidak dapat digunakan dengan semaksimumnya bagi tujuan pembangunan belia dan sukan negara.

“Kami komited untuk menangani kepincangan dan ketirisan tersebut agahttps://www.youtube.com/watch?v=J1x_RzO4sFM&feature=youtu.be

Seleweng dana RM107j KBS: Dua lagi ditahan

Khairy sedia maklum SPRM siasat pegawai KBS

KJ perlu bentang pelan KBS dapatkan semula RM100 juta

SU KBS, tiga individu didakwa 191 pertuduhan