Najib dipanggil SPRM lagi

Najib dipanggil SPRM lagi

Sumber SPRM mengesahkan Najib Razak akan tiba di ibu pejabat agensi anti-rasuah itu 5 petang nanti.

Free Malaysia Today
Sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib Razak untuk siasatan berkaitan kes 1MDB.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, hari ini.

Sumber SPRM mengesahkan Najib akan tiba 5 petang nanti.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan 1MDB.

Najib dipanggil agensi anti-rasuah itu untuk membantu siasatan berkaitan SRC International sebanyak 2 kali, iaitu 22 dan 24 Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.