
“Tak kiralah Umno, Gerakan, MCA atau DAP, semua terlibat kerana latihannya seperti komunikasi dan internet.
“Jadi, mereka menganjur latihan melibatkan semua parti, bukan sahaja kami. Mereka (IRI) juga telah mengeluarkan kenyataan,” kata setiausaha publisiti DAP itu di lobi Parlimen hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan IRI bekerjasama dengan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002 dan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presiden IRI, Daniel Twinning memberitahu sebuah forum anjuran Center for Strategic & International Studies pada bulan lepas, Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baru di Putrajaya sejak mula lagi.
Beliau mendakwa usaha IRI di Malaysia akhirnya membuahkan hasil pada PRU14 lalu dan menguntungkan AS dari segi saingannya dengan China ketika ini.