
Presiden Yusri Ahon berkata pihaknya kecewa Menteri Rina Harun tidak menyambut rombongan Orang Asal ke Putrajaya untuk meminta bantuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu tanah adat.
Kira-kira 200 Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan bertemu Dr Mahathir pada 10 Ogos lepas untuk meminta Putrajaya mendesak Kelantan mewartakan tanah adat.
“Selepas sahaja pilihan raya tempoh hari, saya selalu berdoa supaya individu yang selalu memasuki kawasan Orang Asli akan dilantik menteri. Agak sayang dan malang kerana mereka hanya dilantik sebagai timbalan sahaja,” katanya.
Yusri berkata Orang Asli kecewa hanya Sivarasa mewakili kementerian menyambut rombongan 10 Ogos itu.
“Jika Rina sibuk dan tidak berada di Putrajaya, apa salahnya jika keluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut?
“Sehingga kini, tiada sebarang komen daripada Rina membela nasib Orang Asli,” katanya.
Yusri berkata pihaknya faham Rina masih baru dan mungkin belum arif dalam hal-hal berkaitan Orang Asal.
“Setakat ini, tiada apa-apa perkembangan daripada beliau. Bagaimanapun kami akan cuba untuk berjumpa dengan beliau dalam masa terdekat,” katanya.
Kementerian selesai mengukur 132,631.04 hektar tanah rizab masyarakat Orang Asli di seluruh negara pada Mac dan menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk diwartakan.
Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masalah pencerobohan tanah Orang Asli tidak selesai kerana tanah adat belum diwartakan.
Apabila ditanya, adakah beliau mengenali Sivarasa secara peribadi, Yusri berkata tidak tetapi nama peguam itu sering disebut-sebut Orang Asli.
“Saya tidak pernah dan belum sempat terlibat dengan aktiviti bersamanya, namun rakan-rakan saya di Perak selalu menyebut namanya jika terdapat aktiviti bersama masyarakat Orang Asli,” katanya.
Jakoa: Hanya tanah rizab Orang Asli Kelantan belum diwartakan
Orang Asli Gua Musang ugut teruskan sekatan, jika tak iktiraf tanah adat