Isteri Maximus Ongkili meninggal dunia

Isteri Maximus Ongkili meninggal dunia

Joan Maluda meninggal dunia pada usia 63 tahun selepas lama menghidap penyakit.

KOTA KINABALU:
Datin Seri Joan Maluda, isteri kepada Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, meninggal dunia hari ini selepas lama menghidap penyakit.

Beliau berusia 63 tahun.

Joan menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman pasangan itu di Kampung Kolopis, Penampang pada 2.15 petang ketika ahli keluarga berada di sebelahnya.

Dalam kenyataan malam tadi, Ongkili berkata orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir pada satu upacara di Gereja SIB di Likas pada 9 September 1.00 petang.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan takziah. Mendiang ialah seorang isteri dan ibu yang penyayang. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang amat dirasai,” kata Ongkili.

Pasangan itu mempunyai 2 orang anak iaitu anak perempuan Rachel Jane, dan anak lelaki, Jordan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.