Krew kabin Air Asia guna bengkung Diamond Gold Nursajat?

Krew kabin Air Asia guna bengkung Diamond Gold Nursajat?

Bengkung Diamond Gold akan diedarkan kepada semua kakitangan krew kabin Air Asia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailand.

Usahawan dan selebriti, Nursajat berkongsi berita kerjasamanya dengan krew syarikat penerbangan Air Asia untuk menyediakan bengkung kepada anak kapal lelaki dan wanita.

Dalam satu muat naik Instagramnya, Nursajat atau nama sebenarnya Nur Sajat Kamaruzzaman menulis, bengkung Diamond Gold akan diedarkan kepada semua kakitangan krew kabin Air Asia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailand.

“Happy sangat-sangat, production kami Nursajat berkolaborasi bersama Air Asia.

“Terima kasih Air Asia atas kepercayaan dan memilih jenama Nursajat! Lepas ini makin cantiklah krew kabin Air Asia nanti,” tulisnya dalam muat naik yang turut disertakan video penerangan kepada pihak dipercayai Air Asia.

Dia juga memberitahu semua orang yang ditemui itu menyukai produknya selain menerima komen positif dalam satu lagi klip video yang dimuat naik.

FMT Ohsem cuba dapatkan pengesahan daripada pihak Air Asia.

Nursajat sebelum ini sering terlibat dalam kontroversi mengenai gendernya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.