Azeez Rahim, abang ditahan SPRM

Azeez Rahim, abang ditahan SPRM

Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan Abdul Latif akan direman esok.

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu siasatan rasuah, menurut sumber.

Sumber SPRM memberitahu FMT bahawa Azeez ditahan di ibu pejabat SPRM pada 11.15 pagi selepas memberi keterangan dalam siasatan ke atas kes menerima rasuah daripada syarikat kontraktor bagi sebuah projek. Latif, seorang pengurus besar di sebuah syarikat, ditahan di Sungai Buloh, Selangor kira-kira 15 minit selepas itu.

Siasatan bawah Seksyen 16 Akta SPRM dan kta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Sumber berkata mereka akan direman esok dan butiran perkembangan ini akan diterangkan esok.

Pada Mei lalu, SPRM pernah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM1 juta dan barang perhiasan termasuk emas di beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengan Abdul Azeez.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.