BN umum kabinet bayangan

BN umum kabinet bayangan

Kabinet bayangan BN terbahagi kepada 28 jawatankuasa portfolio mengikut kaedah 'man-to-man marking'.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Barisan Nasional hari ini mengumumkan kabinet bayangan untuk meneliti dasar dan tindakan kerajaan.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra berkata kabinet bayangan ini terbahagi kepada 28 jawatankuasa mengikut portfolio atau JKP.

Setiap JKP mempunyai 2 pengerusi bersama, sebahagian besarnya bekas menteri atau timbalan menteri, dan mereka selanjutnya akan melantik 3 anggota lain yang bukan ahli Parlimen, dengan keutamaan kepada wanita, pemuda dan profesional.

Menggunakan istilah bola sepak, Annuar berkata “ini bagi memastikan kita mempunyai kaedah ‘man-to-man marking’ antara pembangkang dengan kerajaan”.

Zahid, Ku Li lawan JPM

Dalam senarai yang dilihat FMT, BN menyerahkan tanggungjawab mengawasi Jabatan Perdana Menteri kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengawasi portfolio dalam negeri dan portfolio pertahanan akan diawasi Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Khairy Jamaluddin akan mengawasi portfolio kewangan bersama Arthur Joseph Kurup, manakala portfolio hal ehwal ekonomi akan diawasi Datuk Seri Hasan Arifin.

Kabinet ini dianggotai oleh semua Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Umno, MCA dan MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

“Ahli Parlimen pembangkang dari Gagasan Sejahtera dan Gabungan Parti Sarawak dialu-alukan sekiranya mereka berhasrat menyertai JKP,” kata Annuar.

Annuar turut mengulas ketiadaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam JKP.

“Kita rasa bekas perdana menteri tak begitu perlu dalam kabinet bayangan dan dalam masa yang sama juga beliau menzahirkan beliau tidak perlu berada dalam kabinet bayangan,” katanya.

Berikut senarai penuh setiap JKP:

Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (bekas timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri)
– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah)
– Tengku Razaleigh Hamzah (bekas menteri kewangan)

Dalam Negeri
– Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas menteri di JPM, bekas pengerusi majlis keselamatan negara)
– Datuk Seri Adham Baba

Pertahanan
– Datuk Seri Hishammuddin Hussein (bekas menteri pertahanan)
– Datuk Abdul Rahim Bakri (bekas timbalan menteri pertahanan)
– Datuk Zakaria Mohd Edris

Sumber Manusia
– Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (bekas timbalan menteri sumber manusia)

Luar Negeri
– Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (bekas timbalan menteri luar negeri)

Undang-undang
– Datuk Seri Azalina Othman Said (bekas menteri di JPM)
– Datuk Seri Ronald Kiandee (pengerusi PAC)

Kewangan
– Khairy Jamaluddin Abu Bakar (bekas menteri belia dan sukan)
– Arthur Joseph Kurup

Hal Ehwal Ekonomi
– Datuk Seri Hasan Arifin (bekas pengerusi PAC)

Pembangunan Usahawan
– Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
– Datuk Seri Hamzah Zainudin (bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi & kepenggunaan)
– Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

Industri Utama
– Datuk Sivarraajh Chandran
– Datin Mastura Yazid

Perdagangan Antarabangsa & Industri
– Datuk Seri Ahmad Maslan (timbalan menteri perdagangan antarabangsa & industri)
– Datuk Seri Ismail Mohd Said

Pembangunan Luar Bandar
– Tan Sri Annuar Musa
– Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Pendidikan
– Datuk Seri Mahdzir Khalid (bekas menteri pendidikan)
– Datuk Seri Idris Jusoh (bekas menteri pendidikan tinggi)

Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
– Datuk Noraini Ahmad (bekas menteri sumber manusia)
– Datuk Azizah Mohd Dun (bekas exco pembangunan masyarakat & hal ehwal pengguna Sabah)

Perumahan & Kerajaan Tempatan
– Tan Sri Noh Omar (bekas menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan)
– Datuk Halimah Mohamed Sadique (bekas timbalan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan)

Belia & Sukan
– Mohd Shahar Abdullah
– Yamani Hafez Musa

Pelancongan, Seni & Budaya
– Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
– Datuk Jalaluddin Alias

Agama
– Datuk Shabudin Yahaya

Pengangkutan
– Datuk Seri Wee Ka Siong (bekas menteri di JPM)
– Datuk Salim Sharif

Komunikasi & Multimedia
– Datuk Shamsul Anuar Nasarah
– Datuk Zahidi Zainul Abidin

Pertanian & Industri Asas Tani
– Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (bekas timbalan menteri pertanian & industri asas tani)
– Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

Kesihatan
– Datuk Abdul Latif Ahmad (bekas timbalan menteri kesihatan)
– Datuk Rosol Wahid

Air, Tanah & Sumber Asli
– Datuk Seri Bung Moktar Radin
– Datuk Mohd Nizar Zakaria

Kerja Raya
– Datuk Seri Saravanan Murugan (bekas timbalan menteri belia & sukan)
– Datuk Abdul Rahman Mohamad

Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim & Alam Sekitar
– Datuk Seri Ahmad Hamzah
– Datuk Seri Hasbullah Osman

Wilayah
– Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (bekas menteri wilayah persekutuan)
– Datuk Rosman Isli

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.