Maszlee umum kursus BM untuk wakil rakyat, senator

PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan kursus memperbaiki Bahasa Melayu dan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen, senator Dewan Negara dan kedutaan asing, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Maszlee berkata usaha ini selaras janji Pakatan Harapan (PH) memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Jadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara yang ingin memperbaiki Bahasa Melayu mereka diminta untuk berhubung dengan pihak DPB,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata kursus ini dirancang dianjurkan pada Januari depan.

Beliau berkata buat masa ini DBP masih sedang merancang kursus itu dan ia dikenakan bayaran.