
P.Ramlee atau nama sebenar beliau, Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih lahir pada tarikh 22 Mac 1929 dan beliau merupakan seorang seniman, pengarah filem, penulis, dan komposer lagu pada suatu ketika dahulu. Karya yang berjaya dihasilkan oleh beliau sepanjang hayatnya ialah 401 buah lagu dan 66 buah filem.
Dari situ kita boleh lihat betapa besar jasa beliau dalam mengembangkan industri seni di Malaysia pada waktu itu. Tidak dinafikan karya ciptaan beliau masih menjadi siulan dan tontonan generasi kini dan kita lebih menghargai karya-karya beliau walaupun telah lebih dari 30 tahun pemergian beliau.
Bakat yang ada pada beliau sebagai pelakon pelbagai watak sama ada pelawak, penjahat, orang baik dan sebagainya. P. Ramlee juga pernah menjadi pengarah dan penerbit filem, dah penyanyi dan penulis lagu yang dihormati. Semua ini telah mengangkat nama beliau ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan Malaysia. Sehingga kini, karya beliau sangat diingati oleh anak seni terutama mereka yang menceburi bidang pembikinan filem sama ada tempatan ataupun antarabangsa.
Setiap karya dan ciptaan beliau adalah sumber ilham beliau sendiri dengan keikhlasan beliau dalam berkarya dan membantu bidang seni dan muzik tanah air berkembang supaya tidak dilupakan oleh semua masyarakat terutama sekali generasi muda walaupun terdedah dengan arus permodenan tetapi masih mengekalkan tinggalan yang beliau telah wariskan untuk rujukan dan panduan semua anak seni dalam memajukan lagi industri perfileman dan muzik Malaysia.
Sempena memperingati beliau, kami senaraikan 10 menu masakan berinspirasikan filem terbaik beliau. Lepas ini bolehlah cuba buat menu ini di rumah anda. Jadi bertambah sedap pula bila nama menu digabungkan dengan tajuk filem.
Kerabu Kerang Masam Masam Manis
Menu ini adalah salad Asia yang dipanggil kerabu. Gabungan rasa yang masam masam manis sesuai dengan tajuk cerita ni, iaitu Masam Masam Manis. Jalan ceritanya juga memaparkan suka duka kehidupan. Agak-agak kalau rasa nak buat jadi pedas, tambahkan saja cili api atau lada hitam.
Anda boleh gunakan apa-apa ulam kesukaan untuk dicampurkan bersama kerang. Nak jadikan masam masam manis, campuran perahan limau kasturi dan rasa manis daripada kerang.

Siapa yang makan belalang tu boleh cuba masak beremqph. Selalunya orang di pantai Timur Malaysia gemar menjadikan belalang sebagai kudapan. Menu ini agak eksotik kerana belalang sukar diperolehi dan jarang sekali orang makan. Apa kata anda cuba sendiri untuk mengetahui bagaimana rasanya.
Kalau anda nak goreng dengan kunyit pun boleh juga. Variasikan rasa ikut citarasa jika anda ingin mencubanya sendiri di rumah. Cuma cari dulu la belalangnya. Kebiasaannya di kawasan sawah atau bendang, belalang banyak. Nak mudah, anda cari di sekitar negeri Kelantan, pasti ada peniaga gerai menjual menu ini.
Masak lemak Labu Labi
Siapa sini penggemar masak lemak? Jom buat masakan ni. Tapi bukanlah letak labi-labi dalam masakan tu nanti. Kalau labu boleh lagi kalau nak letak dalam masakan tu. Eksotik sangat kalau nak letak juga dengan labi-labinya sekali seperti labu sentiasa bersama labi dalam filem Labu dan Labi. Jadi lapar tak bila baca ni? Kalau macam tu, apa lagi cuba buat di rumah.
Kalau anda jenis yang gemar makan masak pedas, anda boleh masukkan cili padi dalam kadar yang banyak mengikut citarasa anda. Boleh ubah ikut citarasa anda, sama ada mahu buat masak lemak labu sahaja atau dengan apa-apa jenis ikan sekalipun.
Ikan Bawal Madu Tiga
Dengar nama mesti terkejut ni. Tiada kaitan pun dengan kahwin 3, cuma rasanya ada 3 variasi iaitu manis, masam, dan pedas. Nama cerita pun Madu 3, yang mengisahkan seorang lelaki berpoligami dan mempunyai 3 orang isteri. Menu ni menggabungkan 3 rasa yang berbeza dalam satu rasa yang sama. Sesuai sangatlah dengan cerita ini.
Jika ikan yang anda sediakan segar daripada laut, lagi menambahkan rasa kemanisan dalam masakan ini. Bertambah-tambah nasi bila makan pula waktu panas-panas lagi.
Rendang Ibu Mertuaku
Menu rendang biasaannya disajikan oleh mak-mak masa raya. Jadi, sesuai sangat dengan namanya. Tambah-tambah kalau rendang tersebut disertakan dengan ketupat atau lemang. Kombinasi yang sangat menarik untuk disediakan dan menjadi menu wajib ketika musim perayaan bagi kaum Melayu terutama ketika sambutan hari raya Aidilfitri. Boleh jadikan rendang daging mahupun ayam, kedua-duanya pasti menambat selera anda dan boleh dimakan dengan nasi ataupun pulut. Kalau dapat lemang, lagi lazat lah!
Ayam Masak Semerah Padi
Warna dan rasanya mesti merah Semerah Padi. Tapi biasanya guna cili kering pun dah terangkat dah rasa dia. Ayam masak merah sama macam kita buat sambal ayam. Ada beza antara 2 resepi ni. Bahan yang dicampur ke dalamnya ada penambah dari segi rempah dan bahan tumisannya juga.
Tapi yang pastinya, ayam masak semerah padi kalau disajikan dengan nasi panas mesti lagi sedap ni! Selalunya anda akan jumpa lauk ni kat mana? Mesti kat kenduri kahwin kan.. Menu wajib kalau kenduri kendara masyarakat melayu. Sudah menjadi tradisi mereka untuk menyediakan menu ayam masak merah ini.
Artikel ini diterbitkan dalam www.butterkicap.com