
RABAT: Enam orang terbunuh dan 86 lagi cedera selepas sebuah kereta api tergelincir di utara Maghribi pada Selasa, menurut sumber rasmi.
Ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, pengarah pengendali kereta api Maghribi ONCF, Mohamed Rabie Khlie berkata, 7 mangsa mengalami kecederaan parah.
Khlie bersama menteri dalam negeri dan menteri pengangkutan melawat lokasi nahas beberapa jam selepas kejadian.
Kereta api yang menghubungkan bandar utara Casablanca dan Tangier itu tergelincir pada pukul 10.10 pagi waktu tempatan (0910 GMT), di Sidi Bouknadel, sebuah bandar kecil, terletak di antara bandar Sale dan Kenitra.
Punca kemalangan belum diketahui dan siasatan masih dijalankan, ujar Khlie.