3 maut, puluhan cedera kereta api tergelincir di Rusia

3 maut, puluhan cedera kereta api tergelincir di Rusia

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat menjejaskan landasan.

Sembilan daripada 14 gerabak sebuah kereta api tergelincir dan terbalik berhampiran Inta, sebuah bandar di Republik Komi, Rusia, pada Rabu. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Tiga penumpang terbunuh dan puluhan cedera apabila sebuah kereta api tergelincir di utara Rusia pada Rabu.

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat menjejaskan landasan, lapor Bernama.

Menurut pihak berkuasa, sembilan daripada 14 gerabak tergelincir dan terbalik berhampiran Inta, sebuah bandar di Republik Komi.

Dilaporkan bahawa ketika kemalangan berlaku, terdapat 195 penumpang dan 20 kru menaiki kereta api yang sedang dalam perjalanan ke Novorossiisk itu.

Agensi berita Interfax yang memetik maklumat diberikan perkhidmatan kecemasan melaporkan, sehingga 50 orang cedera dalam nahas itu, dengan beberapa orang parah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.