7 sekeluarga maut kebakaran di Rusia

7 sekeluarga maut kebakaran di Rusia

Empat kanak-kanak turut terkorban dalam kebakaran di wilayah Yugra pada malam Jumaat.

terbakor
Gabenor Ruslan Kukharuk berkata siasatan awal menunjukkan tragedi itu berpunca daripada pelanggaran peraturan keselamatan kebakaran membabitkan peralatan elektrik. (Gambar Envato Elements)
MOSCOW:
Tujuh sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, maut dalam kebakaran di wilayah Yugra, Rusia pada malam Jumaat, kata Gabenor Ruslan Kukharuk menerusi Telegramnya pada Sabtu, lapor Xinhua.

Kebakaran itu berlaku di sebuah rumah kediaman di kampung Vysoky, bandar Megion.

Perkhidmatan kecemasan menerima laporan pada 1.58 pagi waktu tempatan.

“Ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi, api sudah marak dan berisiko merebak ke struktur berhampiran,” kata gabenor.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada pelanggaran peraturan keselamatan kebakaran membabitkan peralatan elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.