
Ketua Polis KLIA, M Ravi, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.10 malam membabitkan lelaki warga Algeria berusia 30 tahun.
Katanya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 2.55 pagi tadi selepas dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
“Dalam kejadian itu, dia telah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian.
“Bagaimanapun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pagi tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Prosedur Kematian Mengejut (SDR),” katanya dalam kenaytaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan sebarang berita tidak benar.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD KLIA di talian 03-87768222,” katanya.