3 maut, 12 hilang akibat tanah runtuh di P Pinang

3 maut, 12 hilang akibat tanah runtuh di P Pinang

Bomba berkata sekurang-kurangnya 10 orang terkambus dalam kejadian yang berlaku 2.00 petang tadi.

GEORGE TOWN: Tiga maut dan 12 hilang akibat tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah jalan raya bertingkat hari ini apabila rumah-rumah pekerja tertanam bawah timbunan tanah.

Bomba berkata sekurang-kurangnya 10 orang terkambus menurut maklumat awal dalam kejadian yang berlaku 2.00 petang tadi.

Anggota penyelamat dari seluruh negeri dikejarkan ke tempat kejadian.

Difahamkan mereka yang terkambus adalah pekerja pembinaan projek Jalan Berkembar Paya Terubong, sebuah pintasan sepanjang 5km di lereng bukit di tengah pulau.

Exco Phee Boon Pooh ketika dihubungi mengesahkan 3 maut dan 12 hilang setakat 3.30 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.