Maszlee: Peperiksaan tahun 1 hingga 3 dimansuh tahun depan

Maszlee: Peperiksaan tahun 1 hingga 3 dimansuh tahun depan

Menteri pendidikan itu berkata, ia akan digantikan pentaksiran lebih objektif.

Maszlee Malik bagaimanapun tidak memberi butiran mengenai pemansuhan peperiksaan bagi tahun 1 hingga 3.
PETALING JAYA:
Peperiksaan bagi murid tahun 1 hingga 3 akan dimansuhkan mulai tahun depan.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ketika mengumumkan perkara itu di Twitternya hari ini berkata, peperiksaan itu akan digantikan pentaksiran lebih objektif mulai tahun depan.

“Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.”

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung keputusan itu.

Selepas dilantik ke jawatan itu, Maszlee melaksanakan beberapa pembaharuan terhadap sistem pendidikan negara seperti mengurangkan kerja pentadbiran guru, murid tidak perlu menggalas beg sekolah berat, meningkatkan penggunaan bahasa Malaysia dan menggalakkan pelajar menguasai lebih 3 bahasa.

Bagaimanapun, pengumuman baru-baru ini mengenai pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berkuat kuasa 2021 berbanding kasut putih mencetuskan kontroversi sehingga ada yang mendakwa beliau silap dalam meletakkan keutamaannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.