
John P Abizaid, bekas komander itu kini berkhidmat di Institut Hoover Universiti Stanford dan bekerja sebagai perunding swasta di JPA Associates.
Beliau ialah graduan terkemuka Akademi Ketenteraan AS dan mempunyai Sarjana dalam bidang Pengajian Kawasan Timur Tengah dari Universiti Harvard, lapor agensi berita Xinhua.
Selain itu, Abizaid ialah ahli Majlis Hubungan Luar Negara dan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa.
Hubungan dua hala AS dan Saudi diuji baru-baru ini, susulan ramai yang cedera di Yaman disebabkan serangan udara diketuai Saudi dan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Turki, pada 2 Oktober lalu.