Comel! Tun Siti Hasmah ‘fangirl moment’ dengan Imran Khan

Comel! Tun Siti Hasmah ‘fangirl moment’ dengan Imran Khan

Siapa bintang pujaan anda? BTS? Black Pink? SRK? Bagi Tun Siti Hasmah mungkin Imran Khan. Video pendek yang diambil ketika sesi bergambar bersama Perdana Menteri Pakistan yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi semalam sangat comel. "Boleh saya pegang tangan anda?" tanya Siti Hasmah sebelum gambar mereka diambil. "Tentu sahaja." jawab Imran diikuti gelak tawa...

Siapa bintang pujaan anda? BTS? Black Pink? SRK? Bagi Tun Siti Hasmah mungkin Imran Khan.

Video pendek yang diambil ketika sesi bergambar bersama Perdana Menteri Pakistan yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi semalam sangat comel.

“Boleh saya pegang tangan anda?” tanya Siti Hasmah sebelum gambar mereka diambil.

“Tentu sahaja.” jawab Imran diikuti gelak tawa oleh mereka yang hadir termasuk Mahathir Mohamad sendiri.

‘Fangirl moment’ yang sangat rare!

Video tersebut dikongsi oleh Sana Jamal, perantara berita Pakistan untuk Gulf News, di laman twitter dan mengundang pelbagai pujian dari kedua-dua negara.

Ada juga yang mencadangkan supaya Imran Khan memberi layanan istimewa buat Siti Hasmah bila beliau menemani Mahathir ke Pakistan 23 Mac nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.