
Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1930/1960 yang direkodkan pada penutup semalam.
“Dagangan dipacu oleh harga minyak semasa yang tinggi yang membantu meningkatkan ringgit, sementara dolar AS susut berikutan data pekerjaan dan tempahan kilang yang lemah,” katanya.
Pada 9.15 pagi, penanda aras minyak mentah Brent direkodkan pada AS$63.48 setong.
Ringgit juga didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0535 daripada 3.0519/0545 pada penutup semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7040/7079 daripada 3.7119/7149.
Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3531/3604 daripada 5.3582/3637 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7703/7757 daripada 4.7729/7784.