
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MRCB berkata, MLSSB dianugerahkan konsesi EDL oleh kerajaan berdasarkan perjanjian konsesi 34 tahun yang ditandatangani dengan kerajaan pada 26 Jun 2007.
“Di bawah perjanjian itu, MLSSB diberikan hak untuk merekabentuk, membina, mengurus, menjalankan operasi dan menyelenggara EDL, pejabat pentadbiran dan kemudahan sampingan EDL, selain menuntut, mengutip dan mengenakan tol daripada semua kenderaan yang bertanggungjawab membayar.
“Kutipan tol di EDL berdasarkan konsep terbuka dengan pengguna kenderaan yang masuk dan keluar dari Tambak Johor akan dikenakan kadar tetap, bergantung kepada klasifikasi kenderaan mereka,” kata syarikat berkenaan pada kenyataan kepada Bursa Malaysia sebelum ini.
Pada 22 Disember 2017, MLSSB menerima surat daripada Kementerian Kerja Raya memberitahu kutipan tol di EDL akan dihentikan berkuatkuasa 1 Januari 2018 dan tempoh konsesi EDL akan tamat pada 31 Disember 2017, dan selepas itu kerajaan akan mengambil alih lebuh raya berkenaan.
“Penamatan konsesi itu tidak membabitkan sebarang pemindahan dan pelupusan MLSSB dan MRCB Southern Link Bhd kepada kerajaan,” tambah MRCB.