Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Facebook

Polis DiRaja Malaysia telah membina satu tugu peringatan sebagai penghormatan kepada ‘rakan-rakan’ yang telah banyak berjasa kepada jabatan tersebut.

Ini adalah yang pertama bagi memperingati jasa anjing-anjing yang setia dari unit K-9 bersempena 50 tahun penubuhan unit tersebut.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Facebook

Menurut The Star, unit K-9 telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan hingga sekarang, ia mempunyai kira-kira 569 anjing yang bekerja seiring dengan pasukan polis dalam menyelesaikan jenayah seperti mengesan dadah dan mayat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ia hanya sesuai sebuah peringatan dibina bagi menandakan jubli emas unit tersebut.

“Sumbangan unit K9, terutamanya anjing pengesan adalah tidak ternilai.

“Ia adalah idea utama Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, yang ingin menghormati pengorbanan unit itu,” katanya.

Unit itu, katanya, akan disokong dengan tambahan 75 ekor anjing.

Ia kini mempunyai 94 anjing pengesan, 171 anggota polis dan 56 kenderaan.

“Unit itu akan mendapat tambahan 75 ekor anjing untuk menggantikan anjing-anjing yang telah meninggal dunia, sakit atau sedang berehat,” katanya dalam ucapan sebelum melancarkan Memorial K-9 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) semalam.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Facebook

Tugu peringatan itu dipahat dengan nama-nama anjing yang ada sekarang dan yang pernah berkhidmat.

Anjing memainkan peranan penting dalam pasukan polis, terutama sekali dalam operasi mengesan dadah, mayat serta membantu menyelesaikan jenayah lain di seluruh negara.

Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin berkata beliau secara peribadi memberi penghormatan kepada anjing dari unit K-9 di Johor ketika dia menjadi ketua polis negeri.

“Saya memberi anjing pingat ‘Jasamu Dikenang’ kerana dia membantu polis untuk menangkap geng rompakan Geng Kapak pada tahun 2016,” katanya.

Kami mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka untuk negara ini. Tabik!

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Facebook