
“SPR boleh mengambil tindakan penguatkuasaan dan menjadi badan penguatkuasa,” kata Pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika ditemui selepas pelancaran sidang meja bulat Reformasi Pilihan Raya Malaysia anjuran Bersih 2.0 di Parlimen.
Sebelum ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata badan itu tiada kuasa untuk bertindak ke atas aduan dan mendakwa pelaku kesalahan pilihan raya, kerana ia tiada kuasa menyiasat atau membuat pendakwaan.
“SPR akan diberi fungsi yang lebih besar dan kita cuba jadikan SPR lebih berkuasa,” kata Rashid.
Beliau menambah ERC sudah membentuk 9 jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab ke atas 16 komponen berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.
“Bahagian yang baik adalah kerajaan sekarang tidak akan campur tangan.” katanya.
ERC ditubuhkan kerajaan pada 16 Ogos lalu untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya, dan ia dipengerusikan oleh Rashid, yang pernah menjadi pengerusi SPR.
ERC terdiri daripada 11 anggota dan ada cadangan menambah keanggotaan keapda 18 orang termasuk daripada Barisan Nasional, Bersih 2.0, Merdeka Centre, SPR dan NGO Malaysia Timur.