FGV fail saman terhadap Isa Samad

FGV fail saman terhadap Isa Samad

FGV Holdings memfailkan saman terhadap bekas pengerusi berhubung pembelian 2 kondominium mewah di Persiaran KLCC.

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad memfailkan saman terhadap bekas pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berhubung pembelian 2 kondominium mewah di Persiaran KLCC.

FGV mengumumkan prosiding undang-undang terhadap kedua-dua mereka dalam makluman kepada Bursa Malaysia bertarikh semalam.

Syarikat itu mendakwa bahawa unit-unit itu dibeli dengan harga yang jauh melebihi nilai pasaran dan tanpa penelitian yang munasabah, dan bahawa kedua-dua individu itu menggunakan dan memiliki hartanah tersebut tanpa kebenaran.

Saman itu juga berkaitan pembelian beberapa buah kereta oleh syarikat dan apa yang didakwa sebagai penyalahgunaannya oleh Mohd Emir, serta dakwaan penyalahgunaan petrol untuk faedah dirinya.

Syarikat tersebut menyatakan ia mengalami kerugian akibat kegagalan melaksanakan kewajipan fidusiari secara bertanggungjawab, berkemahiran dan penelitian yang munasabah.

Syarikat itu, antara lain menuntut kira-kira RM7.68 juta dan relif lain dari kedua-dua mereka.

Prosiding undang-undang itu telah dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.