Kanak-kanak 11 tahun antara 19 ditahan terlibat jenayah

Kanak-kanak 11 tahun antara 19 ditahan terlibat jenayah

Penahanan itu berjaya menyelesaikan 74 kes jenayah harta benda antaranya kes pecah rumah, curi kenderaan dan pecah stesen telekomunikasi sepanjang 2018.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun ditahan dalam Op Pintu atau Op Lejang. (Gambar Reuters)
MIRI:
Polis menahan 19 suspek termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dalam operasi besar-besaran pencegahan jenayah di sini.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata semua suspek berusia 11 hingga 46 tahun itu ditahan sejak 24 Nov hingga 13 Dis dalam 14 operasi yang dinamakan Op Pintu dan Op Lejang.

“Polis berjaya menyelesaikan 74 kes jenayah harta benda antaranya kes pecah rumah, curi kenderaan dan pecah stesen telekomunikasi di sini sepanjang tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, antara pelbagai barangan dirampas ialah barang kemas, telefon bimbit, barangan elektrik, jam tangan, komputer, kenderaan pacuan 4 roda SUV Lexus, kereta Naza Citra, kereta Toyota Vios dan motosikal Honda Wave.

Beliau berkata, pemilik rumah serta kenderaan di bandar raya Miri diingatkan supaya meningkatkan tahap keselamatan sepanjang musim cuti serta musim perayaan untuk mengelak menjadi mangsa kes jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.