Remaja 16 tahun beli kondom ditegur jurujual, betul atau salah?

Remaja 16 tahun beli kondom ditegur jurujual, betul atau salah?

Netizen mengecam wanita tersebut menyatakan perbuatannya boleh mengundang kepada seks tidak dilindungi dan menyebabkan kehamilan luar perkahwinan sah.

Masyarakat kita pasti rasa tidak senang atau tabu apabila mendengar perkataan ‘kondom’.

Masih ramai dewasa yang tidak selesa membeli produk pencegahan kehamilan atau produk seks dilindungi itu sekiranya jurujual di kaunter bayaran adalah wanita.

Di Singapura seorang remaja lelaki yang dipercayai sekitar usia 16 tahun ditegur seorang jurujual wanita pertengahan usia kerana membeli kondom menerima respon bercampur netizen sehingga ramai mula mempersoal had usia pembelian kondom.

Seorang pengguna berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi di mana remaja ditegur ‘auntie’ jurujual di sebuah kedai serbaneka kerana terlalu muda untuk membeli produk tersebut di rangkaian Reddit.

Persoalannya, adakah apa yang dilakukan oleh jurujual itu wajar?

Ramai netizen mengecam wanita tersebut menyatakan perbuatannya boleh mengundang kepada seks tidak dilindungi dan menyebabkan kehamilan luar perkahwinan sah.

Ada yang berkata, ia bukanlah tugas jurujual untuk ‘menyekolahkan’ remaja tersebut, lagipun tiada had usia yang dikenakan untuk membeli kondom.

Segelintir lagi akui faham perasaan dan tanggungjawab yang cuba disampaikan oleh jurujual dengan menegur remaja lelaki yang sangat muda untuk terlibat dalam perlakuan seks bebas.

Apapun, rantaian itu terus diviralkan dan mencetus debat antara netizen mengenai tindakan jurujual dan remaja tersebut dan kepentingan menggunakan kondom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.