
“Kita kehilangan anak watan Sarawak yang terbilang yang berkhidmat dan menabur bakti untuk Sarawak dalam Kabinet Malaysia,” kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.
Beliau menyifatkan bekas Ahli Parlimen Sarikei itu, yang menyandang jawatan menteri dari 1990 hingga 2004, sebagai ahli dan pemimpin SUPP yang setia.
Law juga pernah menjadi timbalan presiden SUPP.
Sim menyatakan beliau sempat bertemu Law semasa acara Lan Berambeh di Kuala Lumpur pada Oktober lepas.
“Walaupun menghadapi kesulitan untuk bercakap, beliau masih mengambil berat tentang kami,” kata beliau.
Sim bersedih kerana tidak dapat memenuhi misi untuk Law ketika masih hidup iaitu menamakan sebatang jalan di Sarikei sempena mengambil nama mendiang bagi menghargai khidmat beliau sebagai Ahli Parlimen Sarikei dari 1982 hingga 2008.
Law meninggalkan isteri Puan Sri Ngui Soon Leng dan 3 orang anak iaitu Dr Eric Law, Dr Michael Law, dan Dr Sabrina Law.