Istana Thai: Raja Maha Vajiralongkorn akan ditabalkan pada 4 hingga 6 Mei depan

Istana Thai: Raja Maha Vajiralongkorn akan ditabalkan pada 4 hingga 6 Mei depan

Majlis pertabalan rasmi ditangguhkan sehingga tempoh perkabungan untuk Raja Bhumibol Adulyadej tamat.

Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta pemerintahan sejurus selepas kemangkatan ayahandanya pada 2016. (Gambar AFP)
BANGKOK:
Raja Thailand akan dimahkotakan secara rasmi dalam majlis pertabalan pada 4 hingga 6 Mei depan, kata istana diraja dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Maha Vajiralongkorn, 66, menaiki takhta pemerintahan sejurus selepas kemangkatan ayahandanya pada 2016 setelah memerintah selama 70 tahun.

“Baginda berpandangan majlis pertabalan sesuai diadakan mengikut tradisi diraja untuk kesejahteraan negara dan kerajaan, dan diraikan oleh rakyat,” kata kenyataan itu.

Majlis pertabalan rasmi baginda ditangguhkan sehingga tempoh perkabungan untuk ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej tamat. Baginda amat dipuja oleh rakyat Thailand.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.