
Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Mohd Hashim Paijan dalam satu kenyataan semalam berkata, 2 kementerian itu adalah Kementerian Kewangan negeri serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Katanya, Datuk Bahari Hassan dilantik sebagai setiausaha tetap Kementerian Kewangan negeri yang baru, selepas Datuk Pg Hassanel Pg Mohd Tahir bersara wajib hari ini.
Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, William Baya pula dilantik sebagai setiausaha tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Beliau menggantikan Datuk Datu Rusmadi Datu Sulai yang dilantik sebagai pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, susulan pelantikan Datuk Nordin Siman sebagai datuk bandar Kota Kinabalu.
Jawatan disandang Baya pula diambil alih Datuk Mansur Asun yang merupakan bekas pengarah Jabatan Muzium Sabah.
Kekosongan ditinggalkan Mansur diisi Arif Hamid.
Hashim berkata, Jabatan Ketua Menteri pula melantik 2 bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negeri, Hanafiah Kassim dan bekas pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian, Patrick Tan sebagai timbalan setiausaha kerajaan negeri, menggantikan Bahari serta Datuk Joseph Guntavid yang bersara.