Jika jumpa haiwan liar seperti buaya ataupun ular di rumah apakah tindakan anda? Pasti terkejut dan rasa sangat takut.

Tetapi tidak bagi seorang gadis di Kelantan, Azy Nadia Aziz yang berani menangkap serta ‘membelai’ seekor buaya seperti anak patung dirumahnya Isnin lalu.
Menurut laporan Harian Metro, buaya tersebut ditangkap Azy Nadia, 22 pada 6.30 petang Isnin minggu lalu di belakang rumahnya di Kota Bharu.
Beliau telah memuatnaik gambar bersama buaya berkenaan di laman sosial Facebook hingga mendapat perhatian orang ramai.
Azy Nadia berkata, dia menemui buaya itu di atas darat di belakang rumahnya.
Katanya, memandangkan di belakang rumahnya mempunyai sungai kemungkinan buaya itu tinggal di sungai itu dan naik sekejap ke darat.
“Saya lihat buaya itu dalam keadaan tidak bergerak dan tidak agresif lalu menangkapnya dan membawa masuk ke dalam rumah.
“Saya sempat bergambar dengan meletakkan binatang itu di atas bahu dan mengambil beberapa video sebelum melepaskannya semula ke sungai pada malam itu juga.”
Menurutnya, ada netizen yang memuji dan ada mengecam kerana mereka salah faham menyangkakan dia memelihara binatang itu.
“Kepada netizen saya minta mereka tidak terus mengecam kerana saya tidak memelihara binatang itu dan hanya memegangnya selepas ditangkap di belakang rumah,” katanya.
https://www.youtube.com/watch?v=U-CAJ-ZuV88&feature=youtu.be
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]