Selepas ‘dilarang’ masuk masjid, NGO Malaysia bantu OKU Indonesia

Selepas ‘dilarang’ masuk masjid, NGO Malaysia bantu OKU Indonesia

Prihatin menghadiahkan 'kasoot kerusi roda' kepada lelaki OKU yang dilarang memasuki masjid di Padang, Indonesia.

Abraham Ismed (baju biru) berkata ‘kasoot kerusi roda’ sangat membantunya apabila ingin menunaikan solat di masjid.
PETALING JAYA:
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) orang kelainan upaya (OKU) Malaysia memberi resolusi kepada seorang lelaki berkerusi roda di Indonedia selepas dia dilarang memasuki masjid di Padang, Sumatera Barat.

The Jakarta Post melaporkan Pertubuhan Prihatin Orang Kurang Upaya 1Malaysia (Prihatin) menghadiahkan kain penutup roda mudah alih bagi alat bantuan itu yang dikenali sebagai “kasoot kerusi roda” kepada lelaki OKU, Abraham Ismed.

Kisah Abraham menjadi tajuk utama berita di Indonesia dan tersebar di Malaysia selepas dia berkongsi pengalamannya Instagram.

Sebelum ini, tersebar video menunjukkan seorang lelaki berkerusi roda dilarang memasuki kerana penjaga masjid bimbang roda alat bantuan itu kotor, bagaimanapun pihak pengurusan masjid mempertahankan tindakan penjaga itu, mengatakan ia bagi memastikan kesucian tempat ibadah.

Kasoot kerusi roda dicipta Presiden Prihatin, Noorulhuda Mohamed Asli yang mengambil inisiatif itu pada 2015. Malah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyokong produk tersebut.

Abraham turut memuat naik gambar hadiah daripada Prihatin di Instagramnya, sambil berkata: “Ia membolehkan saya memasuki masjid tanpa perlu bimbang tentang kotoran.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.