
Difahamkan serbuan itu dikaitkan dengan tuduhan berhubung pembangunan sebidang tanah di Kuala Lumpur yang dimiliki kuil Sri Mahamariamman Devasthanam.
Tahun lalu, persatuan Hindu mempersoalkan pelan itu, mengatakan seorang pemegang amanah kuil berkenaan juga terlibat dalam projek tersebut. Dakwaan itu ditolak oleh R Nadarajah, pengerusi jawatankuasa kuil terbabit.
Sumber memberitahu FMT, pegawai anti-rasuah menggeledah pejabat kuil di Batu Caves dan juga rumah pegawai kanannya.
Mereka juga menyiasat dokumen di dalam bilik tidur serta 2 kereta mewah miliknya.