
Tabiat buruk seorang kanak-kanak perempuan makan rambut akhirnya membawa padah apabila perutnya membengkak.
Malah kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Feifei, 8, sering mengalami sakit perut dan muntah-muntah selama seminggu.
Akhirnya sekumpulan doktor di hospital Donghua, Guangdong, China berjaya mengeluarkan gumpalan rambut seberat 1.5 kilogram (kg) dari dalam perut kanak-kanak itu.
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer oleh sekumpulan doktor di hospital itu membawa kepada penemuan objek asing itu.
Menurut laporan, Feifei gemar makan rambut sejak berumur 2 tahun.
Dr. Tang Shilong melakukan rawatan cuci gaster untuk mengosongkan isi perut Feifei dan tidak menjumpai sebarang sisa makanan, menurut laporan akhbar Southern Metropolitan Daily baru-baru ini.
Sekumpulan doktor kemudiannya melakukan satu pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan rambut itu.
“Gumpalan rambut itu sudah berada di dalam perutnya selama bertahun-tahun. Lazimnya, tabiat memakan rambut adalah simptom yang dipanggil pica iaitu amalan memakan objek-objek tidak berkhasiat,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]