Ramli, wakil Orang Asli pertama di Parlimen

Ramli, wakil Orang Asli pertama di Parlimen

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah di hadapan Speaker Mohd Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat hari ini.

Ramli Mohd Nor menjadi satu-satunya wakil Orang Asli di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baru dipilih, Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah hari ini di Dewan Rakyat, menjadikannya Orang Asli pertama bergelar ahli Parlimen di negara ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Ariff Md Yusof sejurus persidangan bermula.

Ramli yang juga calon Barisan Nasional menang pada pilihan raya kecil Cameron Highlands, yang berlangsung pada 27 Januari lalu.

Bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan C Sivarraajh daripada BN dalam PRU14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.