
Meniru idea dan jalan cerita dalam sesebuah filem bukanlah sesuatu yang baru dan pelik.
Ia biasa dilakukan tidak kiralah sama ada di Hollywood, Bollywood, Kollywood dan juga Malaywood.
Berdasarkan laporan The Hollywood Reporter, filem Forrest Gump versi Bollywood sekarang ini tengah dalam pembikinan dan akan menampilkan Aamir Khan sebagai pelakon utama.
Filem Forrest Gump versi Bollywood ini nanti akan diberi tajuk Lal Singh Chadha dan dijangka akan ditayangkan tahun depan.
Sebenarnya sebelum ini pun, sudah banyak filem Bollywood yang dihasilkan berdasarkan filem Hollywood.
Ada yang tiru dari A sampai Z dan ada pula yang tiru jalan cerita sahaja.
Ini adalah antara filem Bollywood yang ada persamaan dengan filem Hollywood.

Filem Asal : Dead Poet’s Society
Kalau dalam filem Dead Poet’s Society lakonan Robbin Williams, mengisahkan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang menggunakan teknik pembelajaran yang lain daripada cikgu-cikgu yang lain, mendidik pelajarnya untuk mengamalkan prinsip hidup “make your lives extraordinary“.
Berbeza sikit dengan filem Mohabbatein, lakonan Shah Rukh Khan sebagai seorang cikgu muzik, yang gunakan cara tersendiri untuk mendidik pelajarnya macam mana nak tawan hati seorang wanita.
Filem ini juga kali pertama Shah Rukh Khan digandingkan dengan Amitabbh Bachchan.
Filem Dead Poet’s Society ditayangkan pada tahun 1989 dan filem Mohabbatein ditayangkan pada tahun 2000.

Filem Asal : E.T. the Extra-Terrestrial
Filem Koi Mil Gaya yang dilakonkan oleh Hirthik Roshan, menceritakan seorang budak lelaki makhluk asing sesat datang ke bumi dan telag memberi kuasanya kepada Hirthik untuk menjadi seorang lelaki gagah dan tidak bersikap kebudak-budakkan.
Jalan cerita yang sama gak dalam filem E.T. The Extra-Terrestrial yang ditayangkan pada tahun 1982.
Koi Mil Gaya ditayangkan pada tahun 2003.

Filem Asal : Paycheck
Filem Krrish ialah filem sequel untuk filem Koi Mil Gaya.
Tapi untuk filem Krrish, jalan cerita sama macam filem Paycheck lakonan Ben Affleck yang ditayangkan pada tahun 2003.
Filem Krrish ditayangkan pada tahun 2006.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]