Suara sebenar di sebalik watak Chucky

Siapa yang membesar di era 80an pasti akan mengingati filem seram patung kanak-kanak yang ‘hot’ ketika itu, Child’s Play.

Malah watak Chucky sering menjadi bahan untuk menakutkan budak-budak.

Disebabkan watak Chucky ini la ramai yang takut dengan anak patung.

Tak kisah lelaki atau perempuan, memang scary gila Chucky ini dalam filem.

Baru-baru ni dah keluar trailer filem terbaru Child’s Play yang akan mula ditayangkan pada 21 Jun 2019 nanti.

Namun disebalik lakonan berkesan Chucky, pernah tak terfikir siapa pemilik suara sebenar yang digunakan untuk watak Chucky dalam siri filem Child’s Play?

Orang disebalik suara itu adalah Brad Dourif, seorang pelakon veteran yang selama ini menyumbangkan suara untuk watak Chucky dalam semua siri filem Child’s Play.

Sebelum ini Brad Dourif pernah juga berlakon dalam filem The Lord of the Rings.

Brad Dourif.

Baru-baru ini di Wondercon, konvensyen komik yang berlangsung di California, AS, pihak produksi filem terbaru Child’s Play sudah mengumumkan yang mereka tidak lagi menggunakan suara Brad Dourif untuk watak Chucky.

Buat pertama kali dalam sejarah filem Child’s Play, watak Chucky akan menggunakan suara pelakon lain. Suara pelakon mana pula kali ni?

Mark Hamill.

Kalau anda kenal pelakon yang sinonim dengan watak Luke Skywalker dalam siri filem Star Wars, Mark Hamill yang akan gantikan Brad Dourif sebagai penyumbang suara untuk watak Chucky nanti.

Mark Hamill sebelum ini pernah juga menyumbangkan suaranya untuk watak Joker dalam animasi filem Batman sebelum ni.

Masa Wondercon, Mark Hamill tak dapat hadir bersama dengan pelakon-pelakon lain dalam filem Child’s Play yang terbaru nanti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]