Angkasawan wanita AS bakal tinggal paling lama di angkasa lepas

Angkasawan wanita AS bakal tinggal paling lama di angkasa lepas

Christina Cook akan berada di ISS selama 392 hari atau 11 bulan.

Christina Cook bakal mencatat rekod terbaru wanita tinggal paling lama di ruang angkasa. (Gambar Reuters)
MOSCOW:
Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Christina Cook akan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira setahun, sekaligus bakal mencatat rekod terbaru wanita tinggal paling lama di ruang angkasa, lapor agensi berita Sputnik.

“Christina Cook akan kembali ke bumi bersama dengan angkasawan Rusia, Alexander Skvortsov dan angkasawan Itali Luca Parmitano dan berada di ruang angkasa (selama) 392 hari atau 11 bulan,” memetik sumber agensi angkasa.

Rekod baru bakal dicipta Cook itu mengetepikan rekod lama dicatatkan angkasawan AS, Peggy Whitson, yang menghabiskan masa 289 hari pada 2016 hingga 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.