Dari pengawal peribadi kini Jeneral Suthida permaisuri Thailand

Dari pengawal peribadi kini Jeneral Suthida permaisuri Thailand

Pemerhati keluarga diraja pernah kait hubungan romantik Suthida dengan Raja Thailand namun pihak istana nafikan

Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, umum Jeneral Suthida Thidjai sebagai permaisuri beberapa hari sebelum pertabalannya 4-6 Mei ini.

Pengumuman tentang perkara tersebut disiarkan Jurnal Diraja semalam dengan menjelaskan Raja Vajiralongkorn, 66 tahun, sudah berkahwin dengan Suthida.

Vajiralongkorn yang menggunakan gelaran Raja Rama X, mewarisi takhta berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, pada Oktober 2016, selepas 70 tahun di atas singgahsana.

Pada 2014, Vajiralongkorn melantik Suthida, bekas pramugari Thai Airways, sebagai timbalan pemerintah unit pengawal peribadinya ketika beliau masih putera mahkota.

Pemerhati keluarga diraja dan media asing pernah mengaitkan hubungan romantik Suthida dengan Vajiralongkorn, namun pihak istana tidak pernah mengakuinya.

Raja Vajiralongkorn menjadikan Suthida sebagai jeneral pada Disember 2016, dan timbalan pemerintah pasukan pengawal peribadi raja pada 2017.

Baginda juga menganugerahkan taraf kerabat diraja melalui gelaran “Thanpuying” – bermakna puteri – kepada Suthida.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.