4 wanita jadi tebusan selepas remaja gagal merompak

4 wanita jadi tebusan selepas remaja gagal merompak

Wanita itu dijadikan tebusan oleh remaja berusia 17 tahun di sebuah kedai tembakau di kampung Blagnac, selatan Perancis.

Sekumpulan polis bersiap siaga ketika insiden 4 wanita dijadikan tebusan oleh remaja 17 tahun. (Gambar AFP)
TOULOUSE:
Seramai 4 wanita yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki berusia 17 tahun di kampung Blagnac, berhampiran Toulouse, selatan Perancis dibebaskan pada Selasa petang, lapor agensi berita Xinhua.

“Kami gembira 4 tebusan wanita itu dibebaskan dan mereka dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan seorang pegawai dari Prefect of Haute-Garonne pada Selasa malam.

Tebusan pertama dibebaskan kira-kira 8 malam waktu tempatan (GMT1800) manakala 3 lagi dibebaskan selepas 9 malam.

Menurut pegawai itu, suspek masih berada di lokasi kejadian di sebuah kedai tembakau.

“Pihak berkuasa masih berunding dengan suspek supaya menyerah diri. Jika masih gagal tangkapan akan dilakukan,” kata pendakwa raya di Toulouse, Dominique Alzeari.

Polis mengepung kedai tembakau terbabit sebaik dimaklumkan mengenai insiden itu, suspek dipercayai bertindak menahan tebusan selepas gagal melakukan rompakan.

Akhbar La Depeche du Midi melaporkan, kejadian berlaku kira-kira 4.15 petang waktu tempatan, kemudian beberapa das tembakan kedengaran ketika suspek cuba menghalang pihak berkuasa menghampiri kedai terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.