Remaja 13 tahun ditemukan maut

Remaja 13 tahun ditemukan maut

Polis ambil keterangan daripada tiga saksi selepas seorang remaja ditemukan maut di sebuah kediaman.

Mohd Hafiz Muhammad Nor
Ketua Polis Sungai Buloh, Hafiz Muhammad Nor, seru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bantu siasatan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut di sebuah kediaman di Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Sungai Buloh, Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.27 petang.

Pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Hafiz berkata mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Tiga saksi telah diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” menurut kenyataan.

Polis membuka kertas siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Amirul Amin Shukor, di talian 013-669 5290 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.