
Dua mangsa berusia 32 dan 33 tahun yang tersepit dalam Perodua Myvi, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.55 pagi tadi.
“Kemalangan itu membabitkan Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah lori bonded satu tan membawa muatan ayam beku.
“Terdapat dua mangsa dalam kereta, iaitu pasangan suami isteri yang tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, dua lelaki yang juga pemandu dan kelindan lori berusia 37 tahun cedera ringan.
Katanya, mayat dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.