Lelaki maut dipercayai diserang gajah

Lelaki maut dipercayai diserang gajah

Polis berkata mangsa dipercayai diserang sekumpulan gajah liar dan siasatan di lokasi tidak menemui unsur jenayah.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata pemeriksaan di lokasi menjumpai kesan tapak kaki dan najis gajah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dipercayai diserang gajah liar dan meninggal dunia di tepi sungai berhampiran ladang getah di Jalan Ladang Serasa, Gua Musang.

Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mangsa, Razali Daud, 55, pada 11.38 pagi yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, pemeriksaan di lokasi menjumpai kesan tapak kaki dan najis gajah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat,” katanya menurut Harian Metro.

Berdasarkan maklumat awam, beliau berkata, mangsa dipercayai diserang sekumpulan gajah liar dan siasatan di lokasi tidak menemui unsur jenayah.

Buat masa ini, katanya, kes diklasifikasikan mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Orang ramai, khasnya penduduk berhampiran kawasan hutan dan ladang dinasihatkan berwaspada apabila menghampiri kawasan berisiko terancam hidupan liar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.